Jumaat, 24 Februari 2012

bacalah

Cantik, hensem, kurus, putih dipuji-puji.. Hodoh, gemuk, pendek, hitam dihina.. Siapa kita untuk menghina?? Sedangkan mereka ciptaan ALLAH S.W.T, ciptaan ALLAH S.W.T semuanya INDAH....♥ ~~ I ♥ الله ~~ -

ciptaan ALLAH

Sebenarnya kita cantik. cantik sebab, Allah yang cipta kita. "Allah tak mencipta manusia hodoh, tapi Allah menciptakan manusia dengan kecantikan yang berbeza-beza" cantik itu kan subjektif ♥ bukan pada hidung yang mancung, ♥ bukan pada kulit yang putih dan gebu, ♥ bukan juga pada gaya fesyen yang dipakai. ♥ tapi cantik itu bermula dari hati, ♥ dan dipancarkan kepada luaran iaitu,♥ akhlak kita, ♥ pertuturan kita,♥ aurat kita,♥ peribadi kita .♥ bila hati kita bersih ♥ jauh dari maksiat, ♥ terhindar dari nafsu, ♥ InsyaAllah,♥♥♥ kita sebenarnya akan jadi cantik di sisi Allah Swt...insyaAllah

Khamis, 12 Januari 2012

SEDETIK DALAM‎ KEREMAJAANMU

...sedetik dalam keremajaanmu, ....kau coretkan dairimu, ...untuk apa, ...dan kau kata tiada sebab, .....sekadar mainan jiwa. ...sedetik dalam keremajaanmu ..kau muak datang ke sekolah, ..kau kata bosan belajar, ..untuk apa belajar, ...fikirmu. ..sedetik dalam keremajaanmu, ..dan kau ponteng...kemana, ...kau sanggup duduk melepak, ...dalam tandas,dibawah tangga, ...kerana takut kantoi dengan gurumu, ...kau habiskan duit poketmu, ..di 'cyber cafe' di pasar raya, ...berjam disitu kau tidak muak. ...sedetik dalam keremajaanmu, ...kau pandai main cinta, ...kau kata masa ini kaulah ROMEO, ...dan engkaulah JULIET, ...jerawat angau memenuhi lesung pipimu, ...begayut di telefon itulah tempatmu, ...dan berdarau darah ayahmu, ...menatap bil ratusan ringgit, ...katamu itu tandanya cinta, ...tapi,benarkah semua itu. ...sedetik keremajaanmu, ...kau dijinakkan dengan sebatang rokok, ...oleh rakan yang pakar tembakau, ...kau ketagih lagi sebatang, ...dan habis duit poketmu, ...kau gunakan untuk rokok semata, ...walau seribu sergahan, ...guru disiplin mahukan ibu bapa, ...kau kata tidak takut, ...gianmu kini semakin kemuncak. ...sedetik dalam keremajaanmu, ...saat paling hitam dalam sejarah, ...kau dikenal dengan rokok berganja, ...kau kata...'aahhh,nikmatnya tidak terkata!!!' ...kau mahukan lagi, ...jawab rakanmu kali ini mesti berbayar, ...kau fakir mencari duit, ...biarpun mencuri,menipu,asalkan dapat, ...kau kata itu syurgamu, ...tapi,benarkah begitu.? ...sedetik dalam keremajaanmu, ...tidak lamanya engkau begitu, ...satu masa engkau akan dewasa, ...masa depanmu di tangan sendiri, ...ayuh tinggalkan sifat kejimu, ...lupakan sikap pontengmu, ...lupangkan rokok dan ganja, ...orakkan langkah baru, ...masih belum terlambat, ...jalan terbentang luas di hadapan, ...coretkan kisah putih dalam diari barumu, ...kerana hati......impianmu pasti akan tercapai jua, ........Insyallah........ yang benar, NAJIB ATHIRAH

Sabtu, 7 Januari 2012

2012 Happy New Year

Selamat tinggal 2011 dan mulakan kehidupan dan azam yang bari pada tahun 2012 yang akan menyapa kita. Disini saya kongsikan beberapa koleksi ucapan selamat tahun baru 2012. Koleksi Ucapan Selamat Tahun Baru 2012 Semoga damai dan kasih Allah mengisi setiap hari dalam hidup anda.Harap anda dan keluarga anda selamat dan bahagia. Selamat Tahun Baru 2012. ———————————————————– Dengan berjalannya waktu, setiap pengalaman dalam hidup adalah pelajaran, tapi cinta akan selalu menjadi kekuatan dalam perjalanan kehidupan. Selamat Tahun Baru 2012. ———————————————————– Harapan Tahun Baru ini Kita akan memiliki visi baru, misi baru, hidup baru, hari baru yang akan lebih baik dari hari kemarin .. Selamat Tahun Baru 2012 semua!

Jumaat, 6 Januari 2012

SKETSA KEHIDUPAN

Kesenangan yang datang Tak akan selamanya Begitulah selepas susah ada kesenangan Seperti selepas malam Datangnya siang Oleh itu waktu senang Jangan lupa daratan Gunakan kesempatan untuk kebaikan Sebelum segalanya terlepas dari genggaman Kelak menyesal nanti tak berkesudahan Apa gunanya sesalan hanya menekan jiwa Jangan difikir derita akan berpanjangan Kelak akan membawa putus asa pada Tuhan Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali Ujian adalah tarbiyah dari Allah Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya Kesenangan yang datang selepas kesusahan Semuanya adalah nikmat dari Tuhan.. ^__^